" IKATAN SILATURAHMI BAHAGIA DUA, KREO SELATAN "

Minggu, 26 Oktober 2014

Mukzijat Rasulullah s.a.w dan Abu Hurairah r.a yang Kelaparan

Ilustrasi Gambar

Abu Hurairah
r.a berkata, "Sekiranya kamu melihat keadaan kami dahulu, sebagian dari kami tidak mempunyai makanan buat beberapa waktu walaupun hanya untuk menegakkan tulang belakang. Disebabkan kelaparan, kadang-kadang saya menekan dada ke bumi dan kadang-kadang saya meniarap dengan meletakkan segala kekuatan ke perut dan kadang-kadang saya mengikat batu pada perut."
Pada suatu hari saya duduk di jalan yang biasa dilalui oleh para sahabat Rasulullah mulia.
Lalu Abu Bakar r.a lewat, saya mulai bertanya sesuatu kepada beliau dengan harapan beliau akan mengajak saya ke rumahnya. Kemudian seperti biasa beliau akan melayani saya dengan menghidangkan makanan yang ada di dalam rumahnya. Namun demikian, beliau tidak melakukan apa yang saya harapkan (mungkin karena tidak terlintas di hati beliau atau karena telah diketahui keadaan di rumahnya juga yang tidak mempunyai apa-apa).
Selepas itu Umar r.a lewat. Kepada beliau pun saya menayakan hal yang sama dengan harapan yang sama, tetapi mendapat hasil nya pun sama seperti apa yang di lakukan Abu Bakar r.a.
Kemudian Rasulullah s.a.w pun lewat jalan yang sama. Ketika Baginda melihat saya, Baginda s.a.w pun tersenyum. Baginda s.a.w telah memahami keadaan dan tujuan saya. Baginda s.a.w berkata, "Abu Hurairah, ikutlah bersama saya."
Lalu saya pun terus bersama Baginda s.a.w. Baginda telah pulang ke rumah. Di dalam rumah terdapat satu mangkuk susu yang telah dihantarkan kepada Baginda s.a.w. Baginda bertanya. "Dari manakah susu ini?"
Telah dijawab, "Dari tempat sekian untuk Rasulullah sebagai hadiah."
Kemudian Baginda s.a.w bersabda, "Abu Hurairah, pergi dan panggil lah Ahlussuffah dan bawa mereka semua ke mari."
Ahlussuffah adalah orang-orang yang tidak mempunyai rumah dan tidak mempunyai tempat tinggal dan tidak ada pengurusan makanan yang tetap untuk mereka. Bilangan mereka tidak menentu mengikut masa. Namun, pada masa kisah ini jumlah mereka ialah tujuh puluh orang. Menjadi kebiasaaan Rasulullah s.a.w juga bahwa mereka dipasangkan berdua-dua atau berempat-empat dan dijadikan tamu kepada para sahabat yang agak kaya. Sekiranya terdapat pemberian sedekah dari mana-mana maka akan di antar kepada mereka tetapi Baginda s.a.w sendiri tidak akan menyertai mereka. Sekiranya terdapat pemberian hadiah dari mana-mana maka Rasulullah sendiri akan bersama mereka.
Rasulullah s.a.w telah memerintah agar memanggil mereka. Hati saya terasa berat memikirkan jumlah susu yang sedikit untuk di nikmati banyak orang. Sedangkan susu itu tidak mencukupi untuk satu orang pun. Setelah mereka dijemput, sayalah yang diperintahkan untuk memberi mereka minum. Oleh kerana itu, saya akan menjadi orang terakhir minum dan sudah tentu susu itu tidak akan tinggal sedikit pun. Namun demikian, apakah ada jalan lain selain mentaati Nabi s.a.w?
Saya telah pergi dan menjemput kesemua Ahlussuffah. Rasulullah s.a.w bersabda, "Nah ambil, berilah mereka minum."
Saya mengambil mangkuk itu dan memberikan seorang ke seorang lain nya dari mereka dan setiap orang akan minum sepuas-puasnya kemudian barulah dikembalikan mangkuk itu kepada saya. Demikianlah saya telah memberi minum kepada mereka semua dan kesemua mereka telah minum dengan puas.
Kemudian Rasulullah mengambil mangkuk tadi lalu memegang mangkuk itu dengan tangan Baginda sambil memandang kepada saya dengan tersenyum. Baginda s.a.w berkata, "Sekarang hanya tinggal kamu dan saya saja."
Saya menjawab, "Begitulah."
Baginda mengarahkan, "Ambil dan minumlah". Saya pun mula minum. Baginda s.a.w mengarah lagi, "Minumlah lagi". Saya pun minum lagi. Akhirnya saya berkata kepada Baginda "Sekarang saya sudah puas ya Rasulullah". Setelah itu barulah Rasulullah s.a.w menghabiskan susu yang masihtersisa itu.

Dengan kisah di atas membuktikan salah satu Mukzijat Nabi besar Baginda Rasulullah Muhammad s.a.w. Bahwa dengan izin ALLAH SWT susu yang jumlah nya sedikit dapat di nikmati oleh seluruh Ahlussuffah yang di perkirakan berjumlah 70 orang dan Baginda Rasulullah s.a.w serta Abu Hurairah r.a.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar